Subscribe to our RSS Feeds
Hello, this is a sample text to show how you can display a short information about you and or your blog. You can use this space to display text or image introduction or to display 468 x 60 ads and to maximize your earnings.

GURU OH GURU...

2 Comments »
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan didulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu"kekal terpahat
Menjadi kenangan keakhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Terima kasih guru-guru yang telah mengajar aku selama aku hidup ini...
terutama sekali...guru-guru Sekolah Kebangsaan Seri Negeri (Langkawi), Sekolah Kebangsaan Kelibang (Langkawi), Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Temenggung (Pendang), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah (Alor Setar), Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu (Bukit Kayu Hitam), Institut Perguruan Tuanku Bainun (Bukit Mertajam) dan tidak lupa juga kepada guru-guru yang telah mengajar tuisyen kepada aku...
11:05 PM

2 Responses to "GURU OH GURU..."

Aiman Amalina Says :
Sunday, August 09, 2009 3:44:00 AM

stuju3...
especially part 'seorang peguam mng bicara' tuh..heheh
:)

Afifi bin Shbri Says :
Sunday, September 06, 2009 2:13:00 PM

0uh, tippit.. Slm 17rmdhn.. Ingt blik prstwa nuzul quran n perang badar kubra.. M0ga2 dpt mnfaat.. Awt x buh sh0utmix?

Post a Comment