mula pukul 8 aku bertolak dari rumah....sampai kat depan Hospital Sultanah Bahiyah pukul 9...aku lalu kot jalan Langgar...Kat situ aku jumpa Atip and Fizi...pastu kami teruskan perjalanan ke bukit payong....di situ kami bertemu dengan rakan-rakan yang lain accept syamil.....pastu kami semua pi kuala nerang....and then kami pi umah syamil kat situ....perjalanan kami ambik masa hampir sejam...di situ syamil keluaq rumah dengan berkeadaan keserabutan....hahaha.....dia tak mandi lagi....so, kami ajak dia pi mandi kat Puncak Janing..lepas tu kami terus bertolak ke tempat tu.....ya Allah,jauh benor tempat tu....PENAT...lenguh....huhuhu...dalam setengah jam lebih baru nak sampai......kami pi mandi kat tempat paling dalam sekali.....tiba-tiba ada satu benda mengejut telah berlaku.....salah sorang daripada kawan kami tak reti berenang....hahahaha....dia paling awal terjun...dia paling awal lemas....hahahaha....nak tau daknama dia.....jeng3.....RAHSIA!!...kami mandi sejam lebih pastu kami terus balik.............itu la pengalaman yang payah aku nak lupakan..........salam
Begitu juga dengan Saiyidina Umar yang dilantik sebagai khalifah selepas kematian Saiyidina Abu Bakar. Saiyidina Umar sangat mengambil berat tentang kebajikan rakyatnya. Pada suatu malam sedang dia meronda di sekeliling kota dan kampung untuk melihat hal rakyatnya, dia terdengar tangisan kanak-kanak. Saiyidina Umar menghampiri pondok buruk tempat tinggalnya kanak-kanak itu.
Dia mendengar ibunya menjerang sesuatu. Kanak-kanak tadi senyap seketika apabila melihat ibunya sedang memasak. Namun masakannya tidak siap-siap sehinggalah anaknya tertidur dalam kelaparan. Melihat keadaan yang menyayat hati itu, Saidinia Umar memberi salam dan meminta izin untuk masuk. Wanita itu tidak sedar bahawa tetamu itu ialah Saiyidina Umar. Saiyidina Umar bertanya tentang hal kehidupan wanita itu. Wanita itu mengadu yang dia dan anaknya sudah berhari-hari tidak makan. Apabila anaknya menangis hendakkan makanan, dia pura-pura memasak dengan memasukkan beberapa ketul batu ke dalam periuk. Melihat keadaan itu, anaknya diam sebentar kerana menyangka ibunya memasak sesuatu.
Wanita itu mengadu dan mengutuk Khalifah Saiyidina Umar kerana tidak bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Mendengar kutukan wanita itu, Saiyidina Umar terdiam sejenak. Sebentar kemudian, dia memohon diri meninggalkan keluarga wanita itu. Dalam kegelapan malam, Saiyidina Umar terus menuju ke Baitul Mal lalu mengambil sendiri beberapa pundi gandum untuk dihantar ke rumah wanita itu.
Sebaik sampai di rumah wanita itu, Saiyidina Umar memberi salam dan masuk ke rumahnya buat kali kedua. Dia mengambil gandum dari pundi lalu terus memasakkan untuk wanita dan anaknya. Wanita itu masih tidak sedar bahawa orang yang datang membawa gandum dan memasak itu ialah khalifah sendiri. Setelah siap, Saiyidina Umar sendiri menghidangkan makanan untuk wanita dan anaknya.
Melihat mereka gembira mengadap makanan, Saiyidina Umar berasa amat senang hati dan beredar dari situ. "Kalaulah Saiyidina Umar buat begini, alangkah baiknya....", kata wanita itu tanpa menyedari orang yang berada di hadapannya ialah Saiyidina Umar sendiri.
Moral & Iktibar
**Tanggungjawab sebagai pemimpin amat berat. Mengikut Nabi Muhammad s.a.w. Setiap kita adalah gembala dan akan ditanya tentang haiwan gembalaannya. Ini bermaksud kita akan dipersoalkan tentang orang di bawah jagaan/tanggungan kita.
**Pemimpin yang benar-benar bertanggungjawab terhadap rakyat sentiasa memastikan kebajikan mereka dijaga dengan baik.
**Pemimpin tulen ialah mereka yang sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat terutama yang msikin lebih daripada kepentingan sendiri.
**Amalan yang ikhlas tanpa mengharapkan pujian makhluk adalah satu amalan yang terpuji.
**Setiap pemimpin (raja, menteri, atau wakil rakyat) sepatutnya sanggup turun padang setiap ketika untuk melihat sendiri kehidupan rakyat dan hulurkan bantuan kepada mereka yang miskin dan memerlukan dengan ikhlas kerana Allah, bukan mengharapkan pujian dan sanjungan.
**Kegagalan seseorang pemimpin mentadbir negara dengan adil dan saksama akan menyebabkan dirinya jauh dari syurga dan hampir dengan neraka.
**Walau setinggi manapun pangkat dan darjat kita tidak akan dinilai Allah. Apa yang diambil kira ialah amalan yang diikhlaskan untuk Allah.
**Untuk keselamatan dunia dan akhirat hendaklah kita mencontohi pekerti Nabi Muhammad dan sahabat-sahabat Baginda.
**Pemimpin yang baik ialah mereka yang sanggup mendengar kritikan rakyat jelata serta mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.
assalamualaikum....aku di sini hanya ingin meluahkan sesuatu yang telah tercoret di dalam sanubari ni......ini berkenaan dengan pemimpin2 di malaysia...aku hanya seorang pelajar yang masih mentah dengan ilmu2 politik mahupun segala ilmu di dunia ni...tetapi aku dah mumayiz....tau baik atau buruk........di mana sifat kepemimpinan kamu wahai pemimpin..rasuah merasuah hanya dapat membantu kita sementara saja di dunia yang fana ni....di akhirat terbuka luas pintu neraka untuk golongan yang merasuah....daripada pandangan aku pemimpin di malaysia banyak yang merasuah......terus terang aku katakan pemimpin camtu tak layak langsung jadi wakil rakyat......bukan nak tolong majukan negara hanya gila kuasa...buka mata kamu,buka minda kamu....jangan berasa diri kamu sempurna...kita sama saja......walaupun tinggi mana pangkat kamu...kalau malaikat maut mai...tak boleh nak lari gak....kalau kamu berdiri di atas stage mengatakan "aku adalah pemimpin,kamu hanya lah rakyat biasa"...jangan lupa aku juga seorang pemimpin...walaupun aku tak memimpin sebuah organisasi tapi aku memimpin diri aku sendiri...ALLAH telah berfirman dalam alquran iaitu kitab suci kita wahai pemimpin sekalian.."setiap manusia adalah khalifah di muka bumi ini"....kalau tak faham maksud khalifah tu bukak kamus arab melayu...ada jual kat kedai buku...tak pun beli alquran terjemahan tu...sekarang ni terjemahan tu telah diterjemahkan secara mendalam sedikit daripada dahulu.....haaa...lagi satu aku nak katakan....media masa tolong aku....dedahkan kebenaran yang sebenar...jangan terlalu berat sebelah......terus terang aku katakan....sapa menghayati betul2...memang nampak sangat pembohongan yang dibuat...SAPA MAKAN CILI DIA YANG AKAN RASA KEPEDASANNYA.....setakat ini saja yang aku nak coretkan....aku bukan nak menimbulkan kemarahan kepada kamu semua.....cuma sekadar nasihat.....aku juga rakyat malaysia...juga makhluk yang diciptakan tuhan.....jika kamu wahai pemimpin ingin membuat kebaikan..buat lah selagi ia tidak melanggar hukum syarak....tolong fahamkan maksud mumayiz...mumayiz adalah untuk setiap orang yang mampu memikirkan apa yang positif dan apa yang negatif...dan mereka tidak akan membuat perkara yang negatif kerana mereka tau apa yang akan menimpa mereka suatu hari nnt.............fikir dulu sebelum buat sesuatu tindakan....jangan berperang sesama pemimpin...rakyat sedang menderita...
**jangan main kotor nnt lekat penyakit baru tau**
setelah lama aku struggle for spm, kini tiba masa untuk honey moonpulak...3 bulan aku cuti...
la ni tinggal lagi sebulan lebih jerrrr...
huhuhu...mula la nak mimpi ngeri...
sat...sat mimpi 2A...sat..sat 3A...sat...sat 5A...
macam2....
ketaq perut aku...
huhuhu..
la ni aku tengah tunggu nak pi test lesen kat jpj..
pastu kalau ada masa nak pi keja sat...
tu pun kalau dan la...buat sementara ni aku terpaksa jadi suri rumah berkontrak...
huhuhu....cukup hari bersara...hahaha...
dok kat rumah ni memang memboringkan...
asyik tidoq ja...kalau tak tidoq pun makan...kalau tak makan pun pi tengok tv....x tengok tv pun layan internet...tu pun kadang2 kena berletiaq gak.....
arap2 semua pengunjung blog saya tolong doakan kejayaan sy dalam spm...dan jugak dalam kejayaan dalam kehidupan kita semua....